Tuesday, 6 May 2014

Temuramah bersama NazrySalam

Assalamualaikum...Anyyeong... Hello ..Konichiwa Siapa disini minat membaca komik ? KOMIK-M?GEMPAK STARZ? UJANG? pernah?
Post kali ini berkait dengan industri komik atau novel grafik di Malaysia..Adakah anda pernah membaca komik yang bertajuk MISI 8A?MISI 10A ? MISI 10A PLUS ? MISI 10A FINALE? MISI STRAIGHT A? atau novel yang bertajuk MISI 8A? Semua buku yang disebutkan tadi ialah  'BESTSELLER' .. Semua komik ini ditulis oleh EN.Nazry Salam dan pelukisnya Afiq Salam,gabungan pelukis dan penulis ini memberi hasil yang meletop ... haha ... BTW En.Nazry Salam penulis kegemaran saya .. jika mahu copypaste sila credit ''INtoSUxo'' atau ''The Seu's Diary''
; *semua ini adalah hasil saya sendiri .. *

FB link encik Nazry Salam : https://www.facebook.com/nazrysalam2?fref=ts
INtoSUxo's blog :https://www.facebook.com/baceuseimablogger?ref=hl

1.Boleh tuan perkenalkan diri tuan? - Saya Nazry, dan saya penulis buku sepenuh masa.
2.Mengapakah tuan melibatkan diri di dalam bidang penulisan , pada mulanya , bidang penulisan bukan bidang tuan. - Minat, bakat, dan rezeki yang membawa saya ke jalan penulisan.
3.Saya mula membaca komik kerana tuan dan adik tuan,bagaimanakah tuan boleh terfikir untuk menghasilkan komik ? - Komik boleh dianggap darah daging saya. Saya sudah membaca dan melukis komik sejak kecil.
4.Apakah aspek yang perlu ada pada seorang penulis,dan bagaimana untuk menjadi penulis seperti tuan? - Usaha yang konsisten, juga bakat.
5.bagaimana tuan mengatasi masalah kekeringan idea ? - Merancang cerita dengan baik. Orang yang melakukannya sukar mendapat writer's block.
6.Adakah penulis boleh hidup selesa dengan menulis ? - Tentunya boleh. Jalan rezeki halal itu banyak.
7.Apakan projek buku yang sedang tuan usahakan? - Buku novel fiskyen sebagai penyertaan dalam sebuah sayembara novel tempatan.
8.Bagaimana untuk melatih diri manghasilkan penulisan yang boleh meningkatkan kredibiliti - Banyakkan menulis. Itu sahaja cara untuk maju.
9.Apakah kelebihan mempunyai nama pena? - Boleh mengelakkan populariti yang kadangkala menyesakkan.
10.Bolehkan tuan menceritakan sejarah penglibatan tuan di dalam bidang penulisan - Saya terlibat dalam penulisan komik selepas menghubungi editor PTS. Mereka berminat terhadap proposal yang saya dan adik saya, Afiq, hasilkan. Kemudian kami mula menghasilkan manuskrip komik, dan sejak itu saya bergiat lebih serius dalam bidang penulisan.
11.Cara untuk menjadi penulis yang berjaya ? - Terbitkan banyak buku!
12.Kata kata semangat kepada para pembaca atau bakal penulis ? - Alang-alang menghabiskan masa untuk membaca, bacalah karya yang dapat beri manfaat, ilmu, dan nilai tambah kepada diri sendiri.
13.akhir sekali, bolehkan saya membeli komik secara atas talian dan mendapatkan tandatangan tuan Nazry Salam dan tuan Afiq salam - Boleh, insya-Allah.
Moga jawapan saya ini dapat membantu.
Terima kasih!
Nazry Salam

Encik Nazry Salam bersama karyanya *sya masih mencari cari misi 10Afinale*